Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah

PENGELUARAN KWSP AKAUN 2 UNTUK TUJUAN PEMBELIAN RUMAH

KWSP akaun 2 boleh digunakan untuk tujuan pembelian hartanah. 

Anda boleh gunakan simpanan KWSP akaun 2 ini untuk pengeluaran pembinaan/deposit 
rumah, bayaran bulanan pembiayaan rumah dan langsai/kurang pinjaman rumah.

Skim ini membolehkan seseorang individu (atau pembeli bersama) untuk mengeluarkan wang dari akaun 2 KWSP mereka bagi membeli sebuah rumah (jenis: banglo/ teres/ berkembar/ 
apartment/ kondo/ apartment studio/ apartment servis/ townhouse/ SOHO) atau lot kedai 
dengan unit kediaman dari pemaju, individu ataupun lelongan awam

Had Pengeluaran
============
Wang dari Akaun 2 KWSP boleh digunakan untuk membayar perbezaan harga antara harga 
rumah SPA dan jumlah pinjaman perumahan, sehingga tambahan 10% ke atas harga rumah

( Harga Rumah – Margin Pembiayaan ) + 10% harga rumah

Jadi, jika pinjaman perumahan penuh (100%) diperolehi, maksimum yang boleh dikeluarkan 
adalah sehingga 10% daripada harga rumah

Jika rumah itu dibeli dengan menggunakan wang tunai, sehingga 110% daripada harga rumah yang boleh dikeluarkan 


Atau

Berapa banyak yang ada dalam Acc 2 selagi tidak melebihi kiraan formula diatas

Sebarang jumlah pengeluaran adalah tertakluk kepada jumlah baki wang yang ada dalam 
Akaun 2 KWSP pemohon ( juga pemohon bersama yang berkenaan)